Wednesday, January 28, 2009

Malaysiakini - Menunding Kambing Hitam Korban Untuk Imej UMNO

1. Saya tidak menyangka tulisan blog seciput ini perlu mendapat respon Tun Dr. Mahathir Mohamad. Terima kasihlah Tun memberi respon kepada tulisan saya sungguhpun secara sinis dan sindiran.

2. Sebenarnya Tun tidak perlu memberi respon kerana blog ini hanyalah laman picisan yang tidak memberi apa-apa erti dan kudis kepada imej dan makna penulisan Tun. Mungkin kerana ghairah untuk membalas atau mendapat nasihat dari orang tertentu maka Tun memberi respon kepada sebuah blog yang pengunjung pun boleh dibilang dengan jari.

3. Tun menulis secara mudah mengatakan saya menyokong rasuah politik dan orang yang saya sokong juga terbabit dengan rasuah politik kerana saya "memekik" meminta Tun jangan membuat kenyataan berat sebelah. Mungkin dalam bahasa Melayu mudahnya respon saya kepada kenyataan Tun tersebut berasaskan pepatah Melayu "siapa makan cili terasa pedas."

4. Maka andaian Tun terhadap saya tidak lebih sama seperti andaian saya terhadap Tun. Apabila Tun ketika mengulas pemilihan Timbalan Presiden UMNO membuat kenyataan seolah-olah calon-calon tertentu yang mendapat banyak pencalonan pada minggu ketiga dan keempat sebagai berkemungkinan besar mengamalkan rasuah; maka ia jelas ada persepsi dan usaha untuk melabelkan calon-calon seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir bersih daripada rasuah politik.

5. Ada orang bertanya saya mengapa belum terantuk sudah tergadah. Maka Tun pun mula membuat kesimpulan saya menulis kerana melindungi calon-calon tertentu yang mengamalkan politik wang. Saya menulis sebelum nasi menjadi bubur.

6. Sekarang ini pun, apakah cakap-cakap politik wang di internet dan akhbar boleh memperbaiki imej UMNO atau sedang memusnahkan terus UMNO menjelang pilihan raya akan datang?

6. Saya bersetuju pembelian undi harus dibanteras. Jika ada bukti mencukupi maka tindakan harus diambil. Tapi saya juga mengingatkan bahawa politik juga memerlukan wang. Ini juga tidak boleh dinafikan kerana ini termaktub jelas dalam sejarah demokrasi termasuk pemilihan UMNO 1987 dan 1993.

7. Hari ini yang saya pertikaikan ialah unsur melabel pemimpin tertentu oleh Tun sebagai pengamal politik wang. Biarlah Jawatankuasa Disiplin UMNO melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan jika ada bukti sahih. Membuat tuduhan berdasarkan dengar cakap dan maklumat pihak berkepentingan bukan sahaja boleh menganiaya orang tetapi juga menganiaya parti.

8. Hari ini siapa yang memburukkan parti? Mereka yang berkempen menggunakan wang atau mereka yang bercakap setiap hari kononnya UMNO ini begitu buruk sehingga pemimpinnya ditentukan oleh siapa yang memberi banyak wang.

9. Bolehkah UMNO masuk pilihan raya akan datang dengan imej sedemikian? Atau sengaja diwujudkan keadaan sebegini (memburukkan UMNO) agar wujud tekanan supaya Lembaga Disiplin mengambil tindakan ke atas nama-nama tertentu seperti mana kes Tan Sri sa Samad?

10. Tidak mustahil Lembaga Disiplin ditekan oleh orang tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin tertentu semata-mata untuk menunjukkan kononnya UMNO ini tegas membanteras rasuah.

11. Dan kita sudah boleh mengagak siapakah calon Timbalan Presiden, calon Naib Presiden dan Calon Ketua Pemuda yang akan diambil tindakan. Mereka ini tidak mempunyai "Godfather" untuk melindunginya.

12. Mereka yang tiada perlindungan Mahaguru-mahaguru politik dalam UMNO dan luar UMNO yang masih berpengaruh pastinya akan menjadi mangsa dalam kempen menampilkan imej UMNO yang bersih melalui pendakwaan dan tuduhan berpilih-pilih.

13. Pepatah keadilan bahawa kita melepaskan seorang yang bersalah kerana kekurangan bukti daripada menghukum seseorang yang tidak bersalah, sudah tidak menjadi pegangan lagi kerana hukuman diperlukan untuk memulihkan imej UMNO yang sengaja dicemarkan untuk kepentingan tertentu.

Petikan dari web Pro Tun

Malaysiakini - Tun Mahathir bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO ?

Siapa yang sebenarnya bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO, ada yang berkata, kini pertandingan adalah tiga penjuru antara KJ, Khir Toyo dan Tun Mahathir. Adalah amat penting untuk Tun Mahathir menang dalam pertandingan ini kerana jika Tun Mahathir kalah, akan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang mantan Perdana Menteri yang dikatakan paling bijak yang pernah Malaysia miliki.

Jika kita lihat saban hari, Tun terus berkempen dengan secara direct atau indirect untuk membunuh calon-calon yang menentang anaknya (Mukhriz Mahathir yang sebenarnya mendapat tiket untuk bertanding KP UMNO Malaysia). Tun sebenar tahu bahawa Mukhriz ini tidak sehebat mana. Mukhriz sebenarnya jika dibandingkan dengan dua calon yang lain agak ketinggalan kini dan mungkin warnanya sudah kelam kerana dia sendiri tidak punya daya pemikiran yang mantap untuk berdiri atas kaki sendiri. Tanpa air liur Tun Mahathir, Mukhriz akan kekeringan dan layu sentiasa.

Jika kita baca dalam blog Che Det dalam artrikel terbaru, nampak sangat Che Det mahu melahirkan perasaan benci terhadap KJ yang beliau rasakan boleh mengugat peluang Mukhriz untuk menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO nanti. Tun terpaksa melakukan kerana Tun tahu Mukhriz tidak sehebat calon lain yang boleh berdiri atas kaki sendiri. Mukhriz tidak ada daya pemikiran yang bijak dan Mukhriz perlu duduk bawah ketiak Tun Mahathir untuk melahirkan idea-idea yang bijak sedikit dari idea yang datang dirinya sendiri.

Hebat juga Tun semenjak sudah pencen ini, macam -macam yang dilakukannya, keluar parti setelah dicabar oleh orang yang tidak diketahui mana asal usul dan langsung tidak di kenali, bertanding kerusi G7 dan kalah, yang tidak sepatut ditandingi kerana sebagai mantan PM dan mantan Presiden UMNO beliau telah disediakan tempat khas dalam persidangan UMNO, kenapa mahu duduk di tempat perwakilan. Memanggil dirinya sendiri Paria apabila orang tak pernah panggil dirinya Paria. "UMNO " buat saya macam Paria, diulang saban hari agar perkataan itu lekat dan menuduh UMNO yang panggil beliau Paria. Oleh kerana perkara itu bukan perkara yang dilakukan oleh UMNO, lalu isu mempariakan Tun lenyap begitu saja.

Sekarang Tun mahu bertanding ketua pemuda pula? Setelah menuduh dan terus melebelkan UMNO sebagai parti yang paling korup yang paling kotor dan rasuah. Beliau mungkin lupa bahawa anak beliau juga adalah ahli UMNO dan merupakan calon Ketua Pemuda UMNO yang banyak juga telah menabur budi melalui agen-agen beliau tetapi menafikan dan keyataan yang paling bodoh pernah dikeluarkan oleh anaknya adalah, jika ada agen-agen yang menghulurkan wang atas nama beliau bererti agen itu mahu meburukkan beliau. Kelakar, kalau agen itu sememangnya diketahui ramai adalah jentera kuat beliau sendiri yang menghulurkan juadah yang enak untuk perwakilan. Apakah agen ini mahu memburukkan beliau?

Dalam UMNO sekarang orang yang paling baik dan bersih ialah Mukhriz dan Tan Seri Muhyiddin Yassin. Tun mengangap orang lain semuanya tidak betul. Kalaulah Mukhriz ini hebat sangat kenapa beliau perlu seret Tun bertanding Ketua Pemuda UMNO sehingga Tun terpaksa membuat reverse saikologi dan merayu, anak saya mungkin tidak mendapat pencalonan yang cukup sebab disekat. Anak saya mungkin tidak berpeluang untuk bertanding.......... sebaiknya Mukhriz masuklah gelanggang sebagai anak jantan dan sebagai pemuda yang matang dan bukan pemuda yang masih mengharapkan ikhsan dan mengharap air liur ayahnya.

Sunday, January 11, 2009

Idea gencatan Mukhriz ditertawakan - Malaysiakini

Dasyat betul idea yang dikeluarkan oleh anak bapak untuk mengadakan gecatan senjata. Parti politik disaran agar tidak berkempen selama 24 jam, Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan gencatan kempen politik 24 jam bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk membela rakyat Palestin.

Mukhriz yang merupakan Penyelaras Aman Malaysia berkata, pendekatan ini seperti 'gencatan bersenjata' yang bertujuan supaya parti-parti yang bertanding mengambil langkah bertenang daripada berkempen. "Kita tidak perlu kempen selama 24 jam pada hari Khamis dan kita mengadakan aktiviti-aktiviti menyedarkan rakyat tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin," kata beliau ketika ditemui pada majlis menemui pengundi di peti undi Kampung Nibong di sini, malam tadi.

Belum pernah terjadi sebegini dalam sejarah pilihan raya di mana-mana di Malaysia ini apabila parti politik diminta mengadakan gencatan senjata. Idea ini kini menjadi bahan ketawa parti pembangkang dan idea ini juga mungkin mencemarkan imej calon BN ini kerana mereka menganggap anak bapak ketandusan idea untuk melonjakkan diri di Terengganu dalam siri kempen beliau untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Mukhriz elok tutup mulut kerana apa yang keluar dari mulut Mukhriz kebanyakan pelik-pelik belaka.