Sunday, January 11, 2009

Idea gencatan Mukhriz ditertawakan - Malaysiakini

Dasyat betul idea yang dikeluarkan oleh anak bapak untuk mengadakan gecatan senjata. Parti politik disaran agar tidak berkempen selama 24 jam, Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan gencatan kempen politik 24 jam bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk membela rakyat Palestin.

Mukhriz yang merupakan Penyelaras Aman Malaysia berkata, pendekatan ini seperti 'gencatan bersenjata' yang bertujuan supaya parti-parti yang bertanding mengambil langkah bertenang daripada berkempen. "Kita tidak perlu kempen selama 24 jam pada hari Khamis dan kita mengadakan aktiviti-aktiviti menyedarkan rakyat tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin," kata beliau ketika ditemui pada majlis menemui pengundi di peti undi Kampung Nibong di sini, malam tadi.

Belum pernah terjadi sebegini dalam sejarah pilihan raya di mana-mana di Malaysia ini apabila parti politik diminta mengadakan gencatan senjata. Idea ini kini menjadi bahan ketawa parti pembangkang dan idea ini juga mungkin mencemarkan imej calon BN ini kerana mereka menganggap anak bapak ketandusan idea untuk melonjakkan diri di Terengganu dalam siri kempen beliau untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Mukhriz elok tutup mulut kerana apa yang keluar dari mulut Mukhriz kebanyakan pelik-pelik belaka.

2 comments:

  1. Ini saja cari helah untuk mengangkap parti pembankang masuk penjara sebagaimana di tunjukkan di KL. Umno buat protes tak mengapa, tapi bila Pakatan buat protes , kena tangkap pulak! Macam mana ini bolih berlaku. Ini menunjuk polis Malaysia sama kepala macam regime zionis Israel.

    ReplyDelete
  2. idea ntah apa anak tun ni ...aku pun pening ..dgn masa tinggal berapa hari lg tarikh undi ,kempen pun belum p semua pelusuk kawasan KT kerana parlimennya cukup luas ..ni anak tun nak rehat pulak ..

    TPM ckp kempen slow ,ni pulak nak stop dulu

    ReplyDelete