1. Saya tidak menyangka tulisan blog seciput ini perlu mendapat respon Tun Dr. Mahathir Mohamad. Terima kasihlah Tun memberi respon kepada tulisan saya sungguhpun secara sinis dan sindiran.
2. Sebenarnya Tun tidak perlu memberi respon kerana blog ini hanyalah laman picisan yang tidak memberi apa-apa erti dan kudis kepada imej dan makna penulisan Tun. Mungkin kerana ghairah untuk membalas atau mendapat nasihat dari orang tertentu maka Tun memberi respon kepada sebuah blog yang pengunjung pun boleh dibilang dengan jari.
3. Tun menulis secara mudah mengatakan saya menyokong rasuah politik dan orang yang saya sokong juga terbabit dengan rasuah politik kerana saya "memekik" meminta Tun jangan membuat kenyataan berat sebelah. Mungkin dalam bahasa Melayu mudahnya respon saya kepada kenyataan Tun tersebut berasaskan pepatah Melayu "siapa makan cili terasa pedas."
4. Maka andaian Tun terhadap saya tidak lebih sama seperti andaian saya terhadap Tun. Apabila Tun ketika mengulas pemilihan Timbalan Presiden UMNO membuat kenyataan seolah-olah calon-calon tertentu yang mendapat banyak pencalonan pada minggu ketiga dan keempat sebagai berkemungkinan besar mengamalkan rasuah; maka ia jelas ada persepsi dan usaha untuk melabelkan calon-calon seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir bersih daripada rasuah politik.
5. Ada orang bertanya saya mengapa belum terantuk sudah tergadah. Maka Tun pun mula membuat kesimpulan saya menulis kerana melindungi calon-calon tertentu yang mengamalkan politik wang. Saya menulis sebelum nasi menjadi bubur.
6. Sekarang ini pun, apakah cakap-cakap politik wang di internet dan akhbar boleh memperbaiki imej UMNO atau sedang memusnahkan terus UMNO menjelang pilihan raya akan datang?
6. Saya bersetuju pembelian undi harus dibanteras. Jika ada bukti mencukupi maka tindakan harus diambil. Tapi saya juga mengingatkan bahawa politik juga memerlukan wang. Ini juga tidak boleh dinafikan kerana ini termaktub jelas dalam sejarah demokrasi termasuk pemilihan UMNO 1987 dan 1993.
7. Hari ini yang saya pertikaikan ialah unsur melabel pemimpin tertentu oleh Tun sebagai pengamal politik wang. Biarlah Jawatankuasa Disiplin UMNO melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan jika ada bukti sahih. Membuat tuduhan berdasarkan dengar cakap dan maklumat pihak berkepentingan bukan sahaja boleh menganiaya orang tetapi juga menganiaya parti.
8. Hari ini siapa yang memburukkan parti? Mereka yang berkempen menggunakan wang atau mereka yang bercakap setiap hari kononnya UMNO ini begitu buruk sehingga pemimpinnya ditentukan oleh siapa yang memberi banyak wang.
9. Bolehkah UMNO masuk pilihan raya akan datang dengan imej sedemikian? Atau sengaja diwujudkan keadaan sebegini (memburukkan UMNO) agar wujud tekanan supaya Lembaga Disiplin mengambil tindakan ke atas nama-nama tertentu seperti mana kes Tan Sri sa Samad?
10. Tidak mustahil Lembaga Disiplin ditekan oleh orang tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pemimpin tertentu semata-mata untuk menunjukkan kononnya UMNO ini tegas membanteras rasuah.
11. Dan kita sudah boleh mengagak siapakah calon Timbalan Presiden, calon Naib Presiden dan Calon Ketua Pemuda yang akan diambil tindakan. Mereka ini tidak mempunyai "Godfather" untuk melindunginya.
12. Mereka yang tiada perlindungan Mahaguru-mahaguru politik dalam UMNO dan luar UMNO yang masih berpengaruh pastinya akan menjadi mangsa dalam kempen menampilkan imej UMNO yang bersih melalui pendakwaan dan tuduhan berpilih-pilih.
13. Pepatah keadilan bahawa kita melepaskan seorang yang bersalah kerana kekurangan bukti daripada menghukum seseorang yang tidak bersalah, sudah tidak menjadi pegangan lagi kerana hukuman diperlukan untuk memulihkan imej UMNO yang sengaja dicemarkan untuk kepentingan tertentu.
Petikan dari web Pro Tun

No comments:
Post a Comment