Sunday, December 21, 2008

Anak bapak jutawan yang kini mahukan kuasa. - Malaysiakini

Anak bapak antara yang terkaya dan bolehlah kita ketegorikan sebagai jutawan di Malaysia. Adik anak bapak adalah anatara 40 terkaya di Malaysia. Mana boleh adik terkaya, abang tak terkaya. Oleh kerana abang sudah terjun dalam kancah politik terpaksalah cover line sedikit. Ramai yang berkata hampir kesemua anak bapak adalah jutawan walaupun ilmu perniagaan dan juga akal fikiran tidaklah sehebat mana.

Ilmu perniagaan juga tidak lah bijak sangat. Oleh kerana bapak punya kuasa, semua boleh berlaku. Syarikat bankrupt, bapak boleh jamin dan kerajaan boleh bayar bagi anak bapak. Ini tidak salah bagi bapak tetapi kalau ini berlaku kepada orang lain bapak akan buat kecoh dan bising.

Anak bapak punya syarikat minyak yang beroperasi melalui subsidi dan bantuan Petronas, anak bapak punyai banyak perniagaan kerana ketika bapak jadi Perdana Menteri anak bapak tidak dibenarkan berpolitik, bukan kerana anak bapak tak minat berpolitik tetapi anak bapak kena ambil kesempatan untuk berniaga kerana pintu perniagaan ada di tangan bapak. Bapak marah anaknya berpolitik takut tak sempat nak kumpulkan dan takut tak sempat nak kaut semua peluang perniagaan. Bapak tak boleh jaga kroni yang boleh jaga kroni hanya anak-anak bapak.

Pemikiran anak bapak bukanlah hebat sangat, yang hebat bapak. Anak bapak yang berkecimpung dalam politik ini bukan hebat mana akal dan buah fikirannya. Semuanya bapak yang tolong fikirkan. Tanpa bapak siapalah anak bapak ini, hanya seorang yang dahi jendul dan kepala botak. Bapak mahu anak bapak jadi orang yang dikenali dan mengganti serta ikut jejak bapak. Tapi bapak pening juga kerana anak bapak ini tak bijak sangat, bapak kena main peranan yang besar untuk menolak dan melonjakkan nama anak bapak. Dari kecil sebesar tapak tangan sampailah kepala sudah botak, bapak juga yang kena suapkan susu kedalam mulut anak bapak. Tanpa bapak, anak bapak tak berani masuk gelanggang.

Anak bapak banyak buat keyataan yang silap dan banyak buat keputusan yang silap juga sehingga bapak terpaksa betulkan dan adakala kita tidak boleh silapkan anak bapak kerana bapak pun selalu buat silap, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Tapi anak bapak buat silap lagi bodoh dari silap bapak. Anak bapak tak boleh nak cover line bila silap, tidak seperti bapak yang boleh cover line. Anak bapak adalah antara orang yang terjujur dan ikhlas dan bersih dari rasuah, kerana bapak pun bersih, itu kata bapak, tapi orang lain tahu. Bapak adalah salesman terbaik di dunia. Kita tunggu saja perjalanan selanjutnya kesah anak bapak ini.

Ada kawan kata, contohnya, bapak dahulu beli semua kereta Mutsibisih yang tidak laku dan di jadikan Proton Saga. Ada yang kata bapa dapat komisyen banayak dari setiap kereta yang bapak beli. Di Jepun Toyota adalah kereta yang paling baik dan Honda tidak popular di Jepun. Mutsibishi yang paling tak popular. Bapak ambil jereta itu bawa balik Malaysia dan jual kat rakyat Malaysia. Hari ini tengoklah, kemana perginya Proton. Bukannya berjaya dan laku sangat. Ini semua gara-gara kerja bapak yang bersih dari rasuah.

Kenapa anak bapak beria-ian sangat nak berpolitik, tak cukup kaya lagi ke bapak dan anak. Berapa generasi tak akan habis makan duit keluarga anak bapak, tetapi bapak mahu terus mengumpulkan kuasa keluarga. Dulu bapak buat keputusan yang silap kerana meletakan jawatan ketika berkuasa. Bila sudah tidak ada kuasa, bapak mahu kuasa balik, tak dapat nak ambil kuasa, gunakan anak untuk salurkan kuasa berkenaan, tak dapat kuasa, paksa juga bagi dapatkan kuasa. Bapa memang bijak, apa-apa pun kalau bapak tak punya wang yang banyak, anak bapak pun tak akan dapat berkuasa. Kalau setakat lulus gred 3, anak bapak memang tidak cerdas, kalau tidak bapak yang keluarkan idea-idea dan berkempen untuk anak bapak, anak bapak tak kemana...

No comments:

Post a Comment