Wednesday, December 17, 2008

Selamat melayari laman blog anak bapak

Anak bapak yang manja baru-baru ini diberikan tongkat lagi oleh bapanya supaya mencanangkan isu sekolah satu aliran kerana mahu menunjukkan kepada Pemuda bahawa Mukhriz ada akal juga untuk berkempen.

Kali ini kita cuit bangsa asing biar dia melenting dan nama hang akan naik seketika kerana bangsa asing akan marah dengan hang dan hang akan di katakan sebagai lalaki yang tidak takut menegakkan hak bangsa. Bila kaum lain marah ngan hang, orang Melayu akan bangga dengan hang. Kat sini hang boleh tunjuk ngan orang bahawa Menteri Pelajaran pun tak pandai macam hang.

Anak Bapak ini hanya mampu hidup dengan tongkat bapanya sahaja. Kalau nak harap akal fikiran dia maka kita akan mendengar idea-idea yang merapu. Bapak hidup lamalah lagi, kalau boleh sepenggal pun dah ok, boleh bantu saya jadi Ketua Pemuda UMNO. Kalau tak, mana saya boleh berfikir macam bapak fikir. Tun sememangnya mahu pastikan bahawa anaknya menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO, jalan singkat untuk memastikan anaknya bakal menjadi Perdana Menteri. Siapa juga yang akan menghalang anaknya untuk menuju jalan ke Putrajaya akan dipenggal oleh Tun. Mujurlah Mukhriz dapat ayah macam Tun yang pandai putar belit politik.

Ayah, ni nak buat macam mana ni............. hang duk diam biar bapak yang jalankan semua. Hang ikut saja apa yang bapak cakapkan. Jika anak bapak ini jadi Ketua Pemuda UMNO ini nanti, Pemuda akan menyerap pemikiran Tun, tapi bolehkah manusia menongkat langit. Tun boleh ke hidup seribu tahun lagi. Lagi baik Tun sahaja yang bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mulai dari hari ini kami akan memaparkan semua pergerakan dan tektik-tektik jalan ke Putrajaya melalui blog ini, semoga blog ini akan mewarnai lagi persada pertandingan Pemuda UMNO Malaysia, Selamat datang dan selamat melayari blog ini.

No comments:

Post a Comment