Wednesday, February 25, 2009

Malaysiakini ~ Mukhriz ngan bapak dah tak tahu nak buat macam mana !!

Anak bapak dah tak tahu nak buat macam mana lagi, masa kian suntuk, bapak pun tak tahu nak buat macam mana lagi nak bagi anak bapak menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO ini. Bapak risau, anak bapak lagi risau walaupun bapak berpengaruh. Anak bapak ini pernah kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO di bahagian sendiri. Nak buat macam mana lagi, buka mulut terkeluar perkara yang salah, ikut cakap bapak, bapak juga selalu buat salah. Nak kutuk calon lain lebih-lebih tak boleh nanti benci pula orang, sekarang pun orang dah mula naik meluat dengan bapak.

Walaupun anak bapak merupakan calon yang paling banyak dapat pencalonan tetapi ini tidak menjamin anak bapak akan menang dalam pemilihan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Kadir Sheik Fadhil juga dapat pencalonan tertinggi tetapi dia kalah juga, inikan anak bapak yang langsung tidak ada nampak visi dan arah tuju sebenar untuk membawa Pemuda UMNO ke satu landasan yang dihormati. Apa yang mampu anak bapak lakukan sedangkan hidup dia hanya bergantung dengan bapak. Bapak pula agressif tidak tentu hala, bapak juga banyak dan suka buat kesilapan. Apa lagi yang perlu bapak buat untuk bantu anak bapak. Bapak silap tak benarkan anak bapak main politik dulu, jika bapak biarkan anak bapak berkecimpung dalam politik tentu anak bapak sudah bijak berpolitik tak seperti sekarang ini.

Kalau diikutkan rating, anak bapak sekarang ketinggalan jauh, anak bapak sekarang hampir terkeluar dari garisan, cuma anak bapak mengharapkan bapaklah memainkan peranan yang penting untuk turn the table waktu saat akhir nanti, bapak memang hebat dalam perkara ini. Nanti bila anak bapak jadi Ketua Pemuda UMNO, bapaklah yang sebenarnya Ketua Pemuda UMNO. Kalau bapak yang jadi Ketua Pemuda UMNO, buat apa bapak pencen dulu. Elok-elok jadi PM kini jadi Ketua Pemuda UMNO. Itulah bapak selalu buat silap, kalau sedang berkuasa janganlah buang kuasa. Bila dah tak ada kuasa baru nak cari kuasa balik.

Bapak kalau tak tolong anak bapak kali ini, anak bapak akan tengelam dan akan hanya jadi EXCO Pemuda UMNO saja, itupun kalau calon yang menang nak lantik anak bapak kalau tidak anak bapak jadi macam bapaklah, melalak dari luar cari perhatian, hentam orang ini, hentam orang itu, hentam orang sana, hentam orang sini. Semua orang salah yang betul hanyalah bapak dan anak bapak.

Sunday, February 22, 2009

Malaysiakini ~ Setiap kata Mukhriz berbau longkang - Perwakilan bosan

Anak bapak kini tandus dan tenggelam tanpa idea-idea yang memberangsangkan boleh melonjakan nama beliau untuk bersaing dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Hissss.... asyik retorik kata perwakilan, tak habis-habis memuji Tun dan tak habis-habis berada dibawah ketiak Tun. Anak beranak begitu berdendam dengan Pak Lah dan Khairy Jamaluddin.

Setiap ungkapan yang keluar dari mulut berbau busuk, tentu ada saja yang mahu mengaibkan dan memburukan keluarga Pak lah. Kenapa begitu hati budi mereka. Apakah memburukan pemimpin lain adalah ulam makanan mereka sekelurga di rumah. Tak ada ke cara lain nak menaikan nama. Apa yang ada pada Mukhriz, apa sebenarnya keistimewaan Mukhriz, apakah sumbangan beliau kepada Pemuda UMNO?

Dalam tempoh sebulan ini, Mukhriz dan ayahnya akan berganding tangan untuk mandikan KJ kerana beliau dan ayahnya merasakan KJ adalah orang yang berpontensi untuk memenangi pemilihan ini. KJ perlu di aibkan dan perwakilan perlu membenci KJ kerana tidak ada apa yang boleh membuat perwakilan melihat Mukhriz sebagai yang istimewa.

Mukhriz semalam dengan sinisnya membuat keyataan mengatakan Pak Lah perlu diberikan penghormatan dan perlu dilihat sebagai pemimpin agung. Bukanya Mukhriz mahu bercerita benar pasal Pak Lah, sebenarnya apa yang mahu diceritakan adalah mengenai ayahnya yang dikatakan tidak dihormati. Siapa yang tak hormat Tun, siapa yang tak melihat Tun sebagai pemimpin agung. Tun sendiri yang tidak mahu di hormati dan meletakan dirinya ke satu tempat yang rendah dengan membuka mulut yang berbau busuk dan dendamnya tethadap Pak Lah kerana membatalkan projek jambatan bengkok begitu mendalam. Pak Lah mahu dihapuskan sehingga ke anak cucu. Setiap ahli keluarga yang tidak berdosa sehingg arwah isteri Pak Lah yang telah pulang kerahmatullah juga menajdi sasaran. Sediah sekali apabila mengenangkan dendam Tun ini.

Tun begitu benci dengan Khairy, ditakdirkan dan jika Allah SWT mahu melihat Tun tidak siuman sebagai balasan di dunia, pastikan Khairy menang, pasti Tun akan hilang akal. Sekiranya malaikat maut datang bertandang, mungkin diminta menangguhkan dahulu sebelum melihat Pak Lah dan Khairy tersungkur. Tun tidak akan dapat memejamkan mata dengan lena sekiranya kedua ini masih dalam kerajaan, begitulah dendam Tun kepada keluarga Pak Lah.

Mukhriz yang bergantung nyawa kepada kehebatan tendang terajang ayahnya kini telah mengikuti jejak langkah ayahnya dengan memburukkan lawan dan teman. Cara Mukhriz tidak tumpah seperti cara Tun, lihat saja kezaliman beliau apabila menegakkan di zaman ayahnya ISA dilkasanakan secara melauas sehingga rakyat takut dan zaman Pak Lah begitu lemah kerana tak menggunakan ISA. Ini benar-benar membosankan perwakilan, Mukhriz is down the drain dengan kata-kata yang berbau busuk sentiasa yanga keluar dari mulutnya. Perwakilan tidak mahu melihat kekecohan dan krisis, perwakilan mahu lihat apa yang calon boleh berikan untuk menaikan nama dan imej Pemuda UMNO.

Wednesday, February 18, 2009

Malaysiakini ~ Mukhriz gagal mencari identiti sendiri

Mukhriz masih berada dalam kepompong dan masih di bawah tempurung bapanya. Beliau terlalu mengkagumi ayahnya dan jelas dapat kita lihat sikap dan caranya masih bernaung dan mengharapkan ikhsan dari ayahnya, sehingga sewaktu beliau berhujah dalam siaran di NTV9 bersama calon ketua pemuda UMNO yang lain, beliau kelihatan banyak dikuasai cara kepimpinan ayahnya, malangnya beliau pula tidak sehebat berfikir seperti ayahnya.

Tanpa memberi salam kepada calon pemuda lain, Mukhriz terus menerjah dengan hujah yang mahu disampaikan yang menampakan kegelojohan beliau dan apabila tersedar baru berpatah balik memberikan salam, ini amat memalukna dan menampakn bagaimana Mukhriz begitu gelojoh dan gemuruh. Mukhriz juga terlalu berperasaan dalan hujah beliau untuk memburukkan UMNO dan seolah UMNO begitu buruk sekali dan lupa bahawa beliau adalah ahli parlimen UMNO yang telah menang dibawah tiket UMNO dan BN,

Walaupun menanam penyokong untuk memberikan tepukan kepada beliau ketika memberikan hujah, jelas hujah yang diberikan oleh Mukhriz secara sepontan gagal mencapai maksud sebenar yang diperbincangkan. Dendam keluarag Mukhriz kepada Pak Lah tidak dapat disorokan dan apa yang Mukhriz lakukan itu sebenarnya membayangkan betapa bencinya beliau dengan UMNO dan betapa beliau memperlekehkan kepimpinan Hishamuddin selaku Ketua Pemuda UMNO sekarang.

Kebelakangan ini, kepopulariti Mukhriz agak ketinggalan jika dibandingkan dengan KJ dan Khir Toyo dan tidak mustahil Mukhriz akan gagal merebut tempat sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mukhriz juga yang kini telah ketinggalan jauh mengharapkan ayahnya untuk memainkan strategi terakhir dengan pengaruh yang dimiliki oleh ayahnya untuk menumpaskan dua calon yang lain.

Sebenarnya isu rasuah yang dimainkan oleh ayahnya telah memakan diri Mukhriz sendiri yang terlupa bahawa isu ini membawa erti kata lain bahawa ayahnya mengatakan bahawa beliau adalah calon yang bersih dan tidak rasuah sedangkan pemuda tahu hakikat yang sebenar. Mukhriz gagal dalam erti kata berdebat semalam dan banyak hujah beliau lari dari landasan perdebatan sebenar.

Monday, February 16, 2009

Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua Pemuda

Pembabitan Tun Mahathir mencampuri pemilihan Ketua Pemuda UMNO bertambah teruk dan lupa kepada hukum alam dan hukum kehidupan bahawa setiap yang datang ke dunia ini akan tetap kembali. Tun seolah-olah tidak merasakan bahawa waktu itu akan datang melamarnya dan masih sibuk menghabiskan sisa peluang untuk dekat kepada Allah SWT pada sisa waktu yang tinggal.

Masih mahu memburukkan insan tertentu bagi memastikan anak dan generasi beliau berada dalam kepimpinan kerajaan, jika ini pilihan beliau tidak siapa yang dapat menghalang. Namun hanya sekadar teguran kepada orang yang pernah kita hormati dan sayangi.

Seperti tulisan terbaru MSO yang bertajuk UMNO, Mahathir dan ular tedung beliau telah mengulas bagaimana Tun menjadi ular tedung membunuh semua musuh beliau dengan kaedah yang sama tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Beliau juga menulis bagaimana Tun telah membunuh kerjaya, Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein On, Anwar Ibrahim dan yang terbaru Perdana Menteri Malaysia yang sedia ada, Pak Lah. Tidak cukup dengan akuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Mac ini. Tun terus mengasak Pak Lah dan seolah-olah mahu melihat Pak Lah benar-benar telah meletakan jawatan barulah beliau mempercayainya.

Kini sasaran Tun adalah, Naib Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Khairy mesti dicincang dan tempatnya mesti digantikan dengan anak beliau Mukhriz Tun Mahathir. Tun mahu memaksa perwakilan untuk memartabatkan Mukhriz di kerusi Ketua Pemuda UMNO walaupun penglibatan Mukhriz dalam UMNO hanya baru setahun jagung dan Mukhriz juga tidaklah sama seperti Tun yang punyai daya pemikiran yang pintar dalam segala espek. Mukhriz anak lembab yang mana ketika Tun menjadi PM, Mukhriz adalah enjin penyedut untuk keluarga Tun di mana Mukhriz akan sedut apa yang boleh disedut untuk kekayaan keluarga.

Mukhriz bukan tidak dibenarkan berpolitik, cukuplah Tun berpolitik pada masa itu, yang lain buatlah kerja yang boleh mendapat keuntungan dari Tun. Namun itu juga merupakan satu kesilapan besar Tun yang sering kita ketahui sering membuat keputusan dan kesilapan yang besar. Sepatutnya Tun telah meletakan anaknya pada satu tempat yang selesa ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak perlu membuat dosa menabur fitnah dan memburukan menantu dan anak orang pada saat beliau sepatutnya berehat bermain dengan anak cucu.

Sebenarnya Mukhriz tidak hebat, Mukhriz tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tun sendiri tahu akan keadaan ini. Jika tidak masakan Tun terpaksa berhempas pulas melonjakan nama Mukhriz bagi menyaingi dua calon lagi Dr Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin. Jika dibandingkan antara tiga tokoh ini, Mukhriz nampak lembab dan sentiasa blurr, tidak nampak hala tuju politik dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan melainkan Tun terpaksa mengetuk beliau sepanjang masa. Mukhriz juga pernah tewas ketika merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO di bahagian beliau (Kubang Pasu) tanpa pertolongan Tun. Nyata Mukhriz hanya hidup dalam politik dibawah bibir Tun Mahathir. Sebagai anak jantan, Mukhriz kurang kejantanannya menghadapi pemilihan ini sendiri.

Dalam tulisan terbaru Tun menyerang Khairy Jamaluddin yang menuduh budak-budak tingkat 4 menasihati Pak Lah agar jangan berundur ditulis secara positif sekali sedangkan perkara ini tidak berlaku. Tun telah membuatnya sebagai satu isu besar yang seolah-olah perkara ini berlaku bagi mengaitkan Khairy Jamaluddin masih bernaung di bawah pengaruh Pak Lah. Tun sedar dan sangkaan Tun bahawa Khairy akan menjadi lemah setelah Pak Lah mengumumkana akan membuat perlaihan kuasa pada Mac ini meleset. Tun sedar bahawa Khairy sekarang bergerak atas kepintaran dan usaha belaiu sendiri. Tun tahu bahawa semua orang tahu bahawa Khairy sekarang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO atas landasan beliau sendiri dan Mukhriz sebenarnya tidak mampu bersaing dalam pemilihan ini.

Buktinya, Tun telah menyerang Khir Toyo dengan isu rasuah, kerana Khir telah nampak bahawa lonjakan persaingan adalah antara Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz kini berada jauh dari gelanggang persaingan walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi. Pencalonan tertinggi tidak bermakna beliau akan mendapat sokongan pengundian kerana pencalonan dibuat atas hormat kepada Tun dan hormat kepada agen-agen Mukhriz yang telah berjasa kepada bahagian-bahagian berkenaan.

Kalau Mukhriz benar-benar hebat, tentu sekali Mukhriz tidak menggunakan ayahnya yang bukan ahli UMNO untuk menyerang calon-calonn yang lain. Tun tidak perlu bermusuh dengan calon yang menentang anaknya untuk menafikan bahawa kerusi Ketua Pemuda UMNO akan dimiliki oleh Mukhriz yang dikenali sebagai si lembik ini. Tun juga tidak perlu menghancurkan UMNO bagi mencapai niat beliau. UMNO hancur pada pilihan raya yang lalu kerana Tun mahukan Pak Lah mengundurkan diri. Kini UMNO akan hancur lagi kerana Tun mahukan anaknya menajdi Ketua Pemuda UMNO.

Jika Mukhriz memenangi pemilihan Pemuda UMNO ini bererti UMNO akan mempunyai Ketua Pemuda UMNO yang paling lemah sekali. Calon yang paling lemah dan yang langsung tidak berkaliber telah memenangi pemilihan ini. Calon yang lembik telah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya , pertandingan ini adalah di antara Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo saja. Mukhriz telah ditelan arus dan populariti beliau kurang bukan kerana siapa tetapi kerana kesilapan dan kelemahan diri beliau sendiri. Pemuda bukannya bodoh, mereka telah nampak dengan matanya bagaimana yang menonjol kehadapan adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Mereka seakan-akan bertanya mana Mukhriz kerana yang mereka nampak ialah Tun Mahathir sahaja. Apakah Tun Mahathir yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Sebenarnya belum terlewat bagi Mukhriz mahu tunjukan bahawa beliau juga ada ketrampilan dan kekuatan, kerana apa yang dilihat oleh pemuda sekarang adalah bayangan Mahathir yang membayang Mukhriz. Mukhriz perlu keluar dari bayanagan Tun Mahathir kerana hanya Mukhriz sahaja yang masih menyusu dan dibuai oleh ayahnya dalam gelanggang pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Oleh Tepak Bersulam
Dipetik dari www.tepakbersulam.com

Sunday, February 15, 2009

Kasihan Mukhriz terpaksa guna isu lama pelawa PAS gabung tenaga dengan UMNO

Ramai betul yang kasihan dengan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang menampilkan suaranya pelawa PAS berkerjasama dengan UMNO untuk kepentingan Melayu. Ia dianggap pelawaan basi yang sama sekali tidak kena pada masa dan sifat perjuangan parti masing-masing.

Ramai yang tahu perjuangan PAS adalah semata-mata memperjuangkan Islam yang dicampuradukkan dengan politik. Ia juga satu perjuangan yang memperalatkan agama untuk mendapatkan kuasa politik. Ia amat berbeza di mana UMNO menjadikan agama sebagai pengisian perjuangannya.

Agama boleh menjadi teras perjuangan politik tetapi tidak kepada mempolitikkan agama. Kerana itu pembawakan PAS tidak mudah diterima secara meyeluruh walaupun dari kalangan orang Melayu.

Ia bagaikan mustahil pada ketika ini sehingga pemimpin PAS benar-benar sedar suatu hari nanti untuk menerima hakikat politik itu adalah politik untuk memperjuangkan satu corak mentadbir pemerintahan yang lebih terbuka sesuai dengan penduduk berbilang kaum di negara ini.

Kalau itu pun Mukhriz tidak faham lagi dan mengambil kesempatan pada ketika ini untuk mempelawa PAS berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara secara adil, di mana karisma dia dengan perjuangan UMNO hari ini?

Untuk makluman YB, sebelum ini UMNO pernah cuba dan berjaya membawa PAS ke dalam BN dan ternyata akhirnya PAS keluar juga kerana mereka tetap merasakan mereka boleh berdikari tanpa bergantung pada parti Melayu lain..

Tetapi akhirnya apa jadi? Tidakkah PAS sekarang ini sudah duduk bersama DAP dan PKR membentuk satu pakatan menentang UMNO bersama parti komponen yang lain dalam BN yang sentiasa liberal dalam perjuangan dan pemerintahannya?

PAS tidak berasa jijikkah dengan Penasihat PKR yang penuh dengan skandel seks luar tabienya, rasuah besarnya semasa memegang jawatan timbalan perdana menteri dulu, pembohongannya yang terus menerus sehingga sekarang?

Tidakkah PAS juga berasa janggal berada dengan DAP yang sekarang ini mendedahkan biadapnya terhadap institusi kesultanan, tidak habis-habis mahu merendah-rendahkan apa juga yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan melalui pencabulan mereka terhadap keluhuran perlembagaan tersebut dengan pelbagai cara?

Untuk kepentingan yang sekadar menumpang kasih dalam pakatan pembangkang itu, sepatutnya mereka tidak perlu dipelawa atau diajak sudah boleh berkerjasama dengan UMNO dalam mempertahankan banyak isu berbangkit hari ini termasuk terjejasnya ketuanan Melayu, soal bahasa, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Daripada pentas ceramah PAS yang tidak habis-habis mencerca, mengumpat, memfitnah dan membuat tohmahan tanpa bukti nyata termasuk pernah mengkafirkan orang UMNO, kita orang Melayu masih tidak sedar lagi arah mana perginya PAS terhadap tanggungjawab orang Melayu yang 100% Islam semuanya.

Kalau dengan mempelawa PAS berkerjasama dengan UMNO, Mukhriz ingat mahu jadi jaguh yang barang tentu tidak akan mendapat layanan dari kalangan ahli PAS mahupun mendapat pujian dari orang UMNO, sepatutnya Mukhriz sudah boleh mengukur sendiri tahap dirinya apakah dia layak menjadi pemimpin besar suatu hari nanti.

Sebenar-benarnya sebagai menghormati pandangan orang-orang lama UMNO, Mukhriz kena lebih banyak belajar ilmu percambahan fikiran perubahan jiwa dan perasaan orang Melayu hari ini yang sudah berkehendakkan sesuatu yang lojik, konkrit dan bernas walaupun hanya untuk mencari sedikit penonjolan diri menjadi pemimpin muda supaya lebih berkelibar dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Adalah lebih baik kerja Mukhriz hari ini ditumpukan kepada mendapatkan ahli PAS secara individu seorang demi seorang menerangkan kepada mereka bagaimana Melayu boleh bersatu sehati sejiwa dalam perjuangan UMNO yang tumpuannya kepada orang Melayu serta memahami gabungannya dengan parti-parti komponen dalam BN untuk kepentingan masa depan seluruh rakyat.

Sambil itu, carilah peluang mendekati Melayu yang sudah tersasar yang ingin kembali ke pangkuan UMNO dalam DAP mahupun PKR tetapi malu mahu datang sendiri menyerah diri. Sebagai ahli dan exco pemuda, tidak salah minta nasihat dari pemimpinnya seperti naib ketuanya Khairy Jamaluddin atau ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin apa patut beliau kerjakan untuk parti.

Mukhriz tidak boleh bersendirian dalam membangkitkan sesuatu isu tanpa membuat sebarang percambahan fikiran dengan orang-orang yang lebih kanan darinya dalam satu pergerakan kerana setiap buah fikiran bakal menjadi pemimpin akan diukur orang ramai dari luar rengkung parti dan sayap-sayapnya.

Oleh Mahfir Sabtu
www.kpmu.net

Tuesday, February 10, 2009

Malaysiakini ~ Tun cakap tak serupa bikin

INILAH susahnya, kalau kita tidak dapat mempertahankan prinsip hidup kita. Kita bercakap lain, kita buat lain. Kita buat lain, kita bercakap lain. Kalau orang lain buat macam tu, kita serang mereka. Kita kutuk mereka. Kita tidak akan terima manusia yang cakap lain buat lain.

Hari ini, dalam Umno, kita boleh lihat bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang dilanda sindrom 'cakap lain, buat lain dan buat lain, cakap lain'.

Sepatutnya, apabila dia keluar dari Umno, dia kenalah ajak anak dan isterinya keluar dari Umno sama. Ingat tak kita belajar bagaimana Rasullullah saw, ketika menerima wahyu, orang pertama yang Baginda seru untuk memeluk Islam ialah isterinya, Khadijah.

Ketika itu Rasullullah belum mempunyai anak. Jika Baginda mempunyai anak, sudah tentu seruan serupa juga ditujukan kepada anak Baginda. Mereka (isteri dan anak) adalah orang yang paling rapat dengan Baginda.

Dr. Mahathir tidak. Ketika dia bertindak keluar dari Umno, dia ada mengajak orang lain keluar sama. Ada seorang berdua, yang terikut keinginannya itu tetapi, selepas itu senyap begitu sahaja. Apa yang peliknya, mengapa dia tidak mengajak anak dan isterinya untuk mengikut jejak langkahnya kerana mereka adalah insan yang paling rapat dengannya.

Apa yang pelik, Dr. Mahathir yang bukan lagi ahli parti, berkempen untuk membantu anaknya Datuk Mukhriz bertanding kerusi Ketua Pergerakan Pemuda. Belum ada bukti yang Dr. Mahathir bertunggu tangga berkempen, tetapi khabarnya dia sibuk menjalankan tugas berkempen bagi menjamin anaknya menang.

Janganlah! Cukuplah. Umno sudah begitu teruk ditinggalkan selepas 22 tahun dia menjadi Presiden. Bukan main ramai pemimpin Umno yang dicantasnya ketika dia mahu mengekalkan kedudukannya. Dia akan berpaut dengan sesiapa sahaja kalau dia mahu terus kuat. Tun Ghafar Baba (Allahyarham) antara orang yang 'dicapai dan digayutnya' untuk dia berdepan dengan serangan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam (Datuk ketika itu).

Pemuda Umno, mungkin terfikir kehebatan Dr. Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, kini diwarisi anaknya Mukhriz. Tetapi, mereka yang tahu meniliai, mustahil boleh meneirma Mukhriz yang tidak tahu apa mengenai Pemuda untuk memimpin sayap parti ini.

Ketika semua orang mahu mengenang kembali kehebatan Pemuda dalam era Allahyarham Datuk Harun Idris dan Sardon Jubir, mana mungkin nama Mukhriz mahu disenaraikan sama. Jauh panggang dari api, kata bijak pandai. Bahasa badannya tidak menunjukkan dia mempunyai kemampuan untuk memimpin Pemuda dalam alaf baru ini.

Pemuda Umno memerlukan mereka yang cergas. Pemuda Umno memerlukan seorang yang bertenaga. Pemuda Umno memerlukan seseorang yang belum membawa parti kalah dalam pilihan raya seperti apa yang berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tidak malukah 'orang Kedah' yang tidak menang pilihan raya dan tidak malukan Pemuda Selanor jika mereka mahu mengenengahkan calon-calon dari negeri-negeri kalah untuk menerajui Pemuda Umno? Bukankah lebih baik Mukhriz dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memikirkan kembali hasrat mereka untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Namun, jika mereka tidak mempunyai kesedaran ini, perwakilan Pemuda dari seluruh negara bolehlah mengajar mereka berdua dengan mengalahkannya dalam pemilihan Mac depan bagi 'memberitahu' mereka bahawa Pemuda bukan tempat orang yang gagal memberi kemenangan untuk menjadi tapak bermain politik.

Memetik kata-kata seorang pemimpin kanan Umno, 'kalau tempat sendiri pun kalah' macam mana nak jadi pemimpin?

Sedarkah Mukhriz, dia datang dari negeri kalah, sama seperti Dr. Khir Toyo yang dia sendiri mengakui BN (Umno) kalah di Selangor disebabkan kegagalannya yang menyebabkan dia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor.

Orang Umno di Kedah sepatutnya mempersoalkan apakah yang menyebabkan Umno (BN) Kedah tewas sedangkan negeri ini pernah berbangga kerana melahirkan seorang Perdana Menteri bernama Dr. Mahathir Mohamad yang menerajui Umno selama 22 tahun tetapi gagal mendoktrin ahli-ahli Umno di Kedah supaya mencintai dan setia kepada parti Umno yang banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini.

Apakah Mukhriz tidak berasa dia 'kecil' ketika mahu menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno kerana dia bukan sahaja tidak ada sumbangan kepada Pemuda Umno di seluruh negara, malahan, dia sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu demi kejayaan Umno (BN) di Kedah.

Dr. Mahathir sedaya upaya mahu memberitahu orangramai bahawa kepimpinan Datuk Seri Abdullah lemah kerana empat negeri terlepas ke tangan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak (yang sudah kembali ke tangan BN), tetapi dalam masa yang sama Dr. Mahathir mahu mengajak rakyat lupa bahawa dalam era kepimpinan dia, ada tiga negeri pernah tumbang ke tangan pembangkang, iaitu Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Lupakah kita Sabah hanya kembali ke tangan BN betul-betul seperti apa yang berlaku di Perak sekarang, manakala Terengganu berjaya dirampas kembali oleh Datuk Seri Abdullah walaupun yang 'menyebabkan Terengganu kalah' ialah Dr. Mahathir manakala, angkara Dr. Mahathir, Kelantan sehingga hari ini masih kekal di tangan Pas.

Janganlah buat-buat lupa dan kemudiannya menyelar Melayu Mudah Lupa padahal, yang buat-buat lupa ialah Dr. Mahathir, Mukhriz dan Dr. Khir Toyo. Hukumlah kesilapan Dr. Mahathir ini dengan mengalahkan Mukhriz dan Dr. Khir Toyo yang dilihat terlalu taksub kepada
Dr. Mahathir, mentang-mentanglah Dr. Mahathir yang melantiknya menjadi MB Selangor menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar.

Adalah lebih baik, daripada banyak bercakap Dr. Khir Toyo menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membantu Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengembalikan semula kuasa BN di Selangor manakla Mukhriz, membantu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid merampas kembali Kedah dari tangan Pas.

Buktikan kebolehan itu dan selepas sudah berjaya, bolehlah memikirkan jawatan apa yang hendak mereka berdua tandingi. Jika masalah di negeri masing-masing pun mereka masih belum dapat buktikan, bertanding jawatan pemeriksa kira-kira adalah yang paling wajar.