Wednesday, February 18, 2009

Malaysiakini ~ Mukhriz gagal mencari identiti sendiri

Mukhriz masih berada dalam kepompong dan masih di bawah tempurung bapanya. Beliau terlalu mengkagumi ayahnya dan jelas dapat kita lihat sikap dan caranya masih bernaung dan mengharapkan ikhsan dari ayahnya, sehingga sewaktu beliau berhujah dalam siaran di NTV9 bersama calon ketua pemuda UMNO yang lain, beliau kelihatan banyak dikuasai cara kepimpinan ayahnya, malangnya beliau pula tidak sehebat berfikir seperti ayahnya.

Tanpa memberi salam kepada calon pemuda lain, Mukhriz terus menerjah dengan hujah yang mahu disampaikan yang menampakan kegelojohan beliau dan apabila tersedar baru berpatah balik memberikan salam, ini amat memalukna dan menampakn bagaimana Mukhriz begitu gelojoh dan gemuruh. Mukhriz juga terlalu berperasaan dalan hujah beliau untuk memburukkan UMNO dan seolah UMNO begitu buruk sekali dan lupa bahawa beliau adalah ahli parlimen UMNO yang telah menang dibawah tiket UMNO dan BN,

Walaupun menanam penyokong untuk memberikan tepukan kepada beliau ketika memberikan hujah, jelas hujah yang diberikan oleh Mukhriz secara sepontan gagal mencapai maksud sebenar yang diperbincangkan. Dendam keluarag Mukhriz kepada Pak Lah tidak dapat disorokan dan apa yang Mukhriz lakukan itu sebenarnya membayangkan betapa bencinya beliau dengan UMNO dan betapa beliau memperlekehkan kepimpinan Hishamuddin selaku Ketua Pemuda UMNO sekarang.

Kebelakangan ini, kepopulariti Mukhriz agak ketinggalan jika dibandingkan dengan KJ dan Khir Toyo dan tidak mustahil Mukhriz akan gagal merebut tempat sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mukhriz juga yang kini telah ketinggalan jauh mengharapkan ayahnya untuk memainkan strategi terakhir dengan pengaruh yang dimiliki oleh ayahnya untuk menumpaskan dua calon yang lain.

Sebenarnya isu rasuah yang dimainkan oleh ayahnya telah memakan diri Mukhriz sendiri yang terlupa bahawa isu ini membawa erti kata lain bahawa ayahnya mengatakan bahawa beliau adalah calon yang bersih dan tidak rasuah sedangkan pemuda tahu hakikat yang sebenar. Mukhriz gagal dalam erti kata berdebat semalam dan banyak hujah beliau lari dari landasan perdebatan sebenar.

No comments:

Post a Comment